Posts

Kerambit : Senjata Warisan Melayu

  PENDAHULUAN Senjata tradisional amat berkait rapat dengan sejarah Melayu yang diwarisi oleh orang Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Persejarahan senjata di Malaysia amat rapat dengan unsur-unsur seni mempertahankan diri seperti silat. Peranan senjata amatlah penting dalam hidup manusia, selain dari digunakan sebagai alat berperang atau mempertahankan diri serta hiasan ianya juga dikaitkan denganunsur-unsur alam ghaib. Sesetengah mereka mempercayai sesuatu senjata itu mempunyai kuasa dalaman yang dapat membantu mempertingkatkan ilmu kebatinan kepada si pemiliknya. Corak-corak yang dibentuk pada senjata melambangkan nilai-nilai estetika yang tersendiri dalam menggambarkan daya imaginasi kemelayuan sejak zaman- berzaman dengan teliti dan kreatif. Dengan pelbagai bentuk senjata tradisional yang kebanyakannya berasal- usul dari luar yang diwarisi oleh nenek moyang mereka yang melambangkan ketinggian daya pemikiran dalam mengungkapkan segala makna yang tersurat dan t...